KUALA LUMPUR:Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 yang akan diadakan di Hanoi, Vietnam tahun depan, berbanding 11 sukan yang dicadangkan pihak penganjur.
Presiden PCM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata melalui tinjauan yang dijalankan, kebanyakan tujuh negara ingin acara berbasikal trek dan jalan raya, bola sepak cerebral palsy (bola sepak CP), bola keranjang kerusi roda dan boling tenpin dimasukkan dalam APG.
Beliau berkata acara sukan judo, bola sepak buta dan tenis kerusi roda pula mendapat sokongan sekurang-kurangnya empat negara.
"Kami mencadangkan acara sukan ditingkatkan kepada 18 acara sebagai memperlihatkan perkembangan permainan dalam kejohanan tersebut dan membolehkan penyertaan lebih banyak peserta mengambil bahagian dengan semangat penglibatan seperti yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.
"Vietnam sebagai negara tuan rumah boleh mencari langkah penjimatan kos bagi memastikan kos penganjuran kekal rendah dan boleh juga mendapatkan idea dari negara-negara peserta bagaimana hendak melakukannya," katanya.
Beliau berkata menurut pengalaman sebelum ini, Malaysia pasti mempunyai beberapa idea bagaimana hendak memastikan kos penganjuran tetap rendah dan pada masa sama jumlah sukan dipertandingkan meningkat kepada 18 acara.
"Kami berharap semua masalah ini dapat diselesaikan dalam mesyuarat Lembaga Pengelola yang akan diadakan pada pertengahan Januari depan yang dianjurkan oleh Sekretariat Persekutuan Sukan Para ASEAN yang berpusat di Bangkok," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Isnin, Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) Mejar Jeneral Osoth Bhavilai menyatakan Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Vietnam (VIEAPGOC) telah mencadangkan 11 sukan - atletik, badminton, berenang, pingpong, catur, angkat berat, boccia, judo, goalball, tenis kerusi roda dan memanah - akan dipertandingkan dalam sukan dwitahunan itu yang dijadualkan dari 17 hingga 23 Dis tahun depan.
APG terakhir diadakan di Kuala Lumpur pada 2017 dengan 16 acara sukan dipertandingkan, sementara APG ke-10 di Filipina dibatalkan kerana wabak COVID-19 setelah beberapa kejohanan sebelum ini ditangguhkan kerana tuan rumah yang tidak bersedia,
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020
MEGAT D SHAHRIMAN: Vietnam sebagai negara tuan rumah boleh mencari langkah penjimatan kos bagi memastikan kos penganjuran kekal rendah. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.
Abdul Latif dan Liek Hou dijangka tiba di KLIA petang ini
Pesawat yang membawa Abdul Latif dan Liek Hou dijangka mendarat di KLIA pukul 4.30 petang nanti.
Paralimpik Tokyo 2020: 'Protes Ukraine lemah, doakan...' - Faizal Azumu
Perbincangan sedang berjalan susulan pembatalan pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Senarai akhir kontinjen negara ke Tokyo diketahui awal Julai
Senarai akhir bagi kontinjen negara ke temasya Tokyo 2020 dijangka diketahui awal Julai berikutan pusingan kelayakan bagi beberapa acara sukan melibatkan atlet Malaysia masih berlangsung hingga Jun.
Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.
PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11.
Hashimoto tekad beri tumpuan penganjuran Sukan Olimpik ketika COVID-19
Tindakan pencegahan penyebaran virus itu akan diutamakan bagi membolehkan acara berkenaan diadakan tahun hadapan.
Olimpik Tokyo 2020: JOC akan lakukan yang terbaik
JOC akan melakukan apa sahaja untuk mengadakan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 dengan selamat.
MPM cadang Sukan Para ASEAN 2020 tidak dilangsungkan pada hari raya
Sukan Para ASEAN 2020 tidak akan diadakan pada Hari Raya Aidilfitri, tegas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.